Isnin lepas kitorang gi karaoke lagi. Tapi kali ni cuba kat tempat baru: Neway Subang Jaya. Personally, aku lagi suka RedBox sebab lagu lagi banyak, servis lagi bes, sistem pilih lagu dia lebih mesra-manusia (ada ke term ni?), makanan lagi sodap dan paling penting, lagi murahsss. Tapi kat Neway tu pon bes gak ar. Bayar RM41 dapat amek buffet (appetizer/tidbits) sebanyak yg korang nak, main course yg gile cool (ada steak besorr, ciken cop etc yg buleh dikatakan setaraf ngan Chilli's, TGI Friday blabla) dan air dia walaupon xbanyak choice tapi agak menarik ah.
Yang xbesnya, mula2 kitorang gi tanya harga, dia cakap:
"RM30++ per head, you get to choose 1 main course and drinks. Drinks tu boleh order twice. Plus RM6 for tidbits."So kitorang cakap ar, xmo tidbits. Then dia cakap:
"Oh, tidbits are compulsory."Otak kau. Kalo dah compulsory, cakap jek ar RM36++ ngok. Dan bila dah tulis ++ tu, sah2 ar termasuk tax bagai kan. So, harga satu pala yg sebenar ialah RM41. Mahai gak ar compared to RedBox. Dah tu air leh order 2 kali jek. Kedekut blah ar. Orang dah terpekik2 mesti ar tekak kering kan. Hee..
Lagi yg xbes kat Neway ni, mula2 terkial2 ouh kitorang nak guna remote dia. Tepahape. Menu lagu dia pon berterabur. Banyak lagu cina toksah cakap ah. Nak cari lagi ikut kategori agak leceh. Lagi satu yg xbes, receptionist dia xcun. Kening xreti mekap miahahhahaha >:)
Sound system, mic & lighting dia, ok ar. Memuaskan.
Kalo RedBox, bayar RM36 satu pala, kau dapat kek 1.2kg (makan 5 orang pon kitorg xabes), unlimited drinks + tidbits + dinner buffet yg sedap (makan ar sampai buncit), lagu banyak pilihan, senang nak guna remote dia hahaha dan staff dia kebanyakan stok utk mencuci mata ahahhahahahaahahaha
Eh aku ni promote RedBox ke?........................... -.-"
Ok ah udah2 promote. Bukan dpt komisen pon. meh aku tunjuk gamba2 kami yang gilos.

Syeh, Juli, Jess, Chai, aku, Ayu.
Ahli-ahli kongress pada malam itu.

Main course(s?). Ada steak yg sedap-dan-tebal-tapi-xmasak, ciken chop etc. Gamba tidbits xsnap sbb xsedap hahaha

Sesi karaoke kali ni sebenanya boleh dikatakan 'bachelorette party' utk Ayu sebelum dia kawen akhir bulan ni. hehehe.

Gamba ni serius aku xtau bila disnap. Aku xtau masa ni lagu ape budak berdua tu semangat sangat dok nyanyi, dan aku xtau apsal aku berkelakuan begitu. heee...

Gamba ni paling sopan kot antara banyak2 gamba aksi lain. kwang3..
Banyak gak gamba + video kitorang. Tapi disebabkan hampir semuanya kelihatan tidak bermoral, xleh ar tunjuk kat tayangan umum kan wihihii..
Kesimpulannya, mahai ka, murah ka, kami tetap ENJOY!